Jan 4, 2010

Masih Ada Masa

Tahniah kepada KDN kerana telah mengambil langkah sewajarnya untuk memfailkan rayuan di mahkamah rayuan berkenaan keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan perkataan Allah digunakan sebagai makna Tuhan Bapa oleh masyarakat kristian. KDN juga akan memfailkan rayuan menghalang keputusan mahkamah tinggi itu dilaksanakan sementara menunggu keputusan mahkamah rayuan.


YAB Dato Seri Mohd Najib juga telah memaklumkan bahawa beliau akan mengadap KDYMM Yang Dipertuan Agong untuk menyembah maklum dan juga mungkin memberi taklimat kepada Majlis Raja-raja sekiranya diperlukan. YAB Tan Sri Muhyiddin juga telah meminta semua rakyat supaya memberi kepercayaan kepada kerajaan dalam menangani isu berkaitan perkataan Allah ini.

Namun apa yang dikesalkan ialah perkara ini telah pun berlarutan selama hampir dua tahun tetapi tidak ada sebarang tindakan pro akti yang dilakukan oleh pihak kerajaaan. Sepatutnya kerajaan melalui agensi berkaitan seperti risik dan sebagainya tentu maklum mengenai keresahan umat Islam sekiranya perkataan Allah dibenarkan digunakan oleh agama lain. Pelbagai pendapat telah pun diberikan apabila perkara in dibawa ke mahkamah Tinggi. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya satu bentuk siasatan menyeluruh telah dibuat dan satu keputusan yang terbaik sepatutnya dicadangkan supaya ianya tidak menjadi tidak terkawal sperti ini.

Keputusan Majlis fatwa Kebangsaan serta larangan Menteri berkaitan pada tahun 1980an serta larangan dalam enakmen negeri cukup untuk memberi kerajaan segala fakta yang berkaitan agar perkara ini diselesaikan diluar mahkamah. Ini lebih baik dari mahkamah membuat keputusan dan akhirnya masyarakat menjadi tidak tenteram dan bergolak. Tidak ada sesiapapun yang boleh memberi jaminan sekiranya keputusan tersebut berpihak pada kerajaan maka tidak akan ada tunjuk perasaan dari pengikut agama Kristian.

Seterusnya mana mungkin sebagai kerajaan yang bertanggungjawab menegakan Islam sebagai agama rasmi boleh terlalai dan membiarkan isu sepenting ini dibicarakan dan diadili oleh seorang hakim yang bukan beragama Islam. mana mungkin beliau dapat memahami sejauh mana kepentingan dan kesucian perkara ini kepad umat Islam. Perkara tidak sepatutnya berlaku dan siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya keputusan mahkamah rayuan juga tidak berpihak kepada umat Islam? Adakah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Dalam Negeri atau Menteri berkaitan Agama atau sesiapa sahaja akan mengambil tanggungjawab ini atau ianya akan dijawab dengan pelbagai alasan yang hanya akan menimbulkan lebih kemarahan umat islam kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

Oleh yang demikian saya menyeru kepimpinan kerajan yang ada pada hari ini lebih kepada bercakap serupa bikin dan mendengar pandangan, nasihat, rintihan dan keluhan rakyat terutamanya yang disampaikan oleh pemimpin bawahan parti yang marhean seperti di cawangan dan bahagian yang setiap hari berhadapan dengan deyut nadi rakyat dan bukannya syok sendiri berada disinggahsana dengan hanya mengeluarkan arahan dan amaran sepanjang masa tanpa tindakan...

Jan 3, 2010

Kenaikan tidak kena masa - Pemuda UMNO Maran

MARAN 2 Jan. - Kerajaan sepatutnya menangguhkan tarikh kenaikan harga gula bagi mengurangkan beban rakyat yang sedang membuat persiapan persekolahan anak- anak yang bermula Isnin ini.

Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Khairul Amin Osman berkata, pihaknya tidak membantah keputusan kerajaan itu tetapi ia sepatutnya dilakukan pada masa yang lebih sesuai sehingga selesai ibu bapa menguruskan persekolahan anak-anak.

Tegas beliau, kenaikan harga gula itu membebankan rakyat terutama yang berpendapatan rendah seperti petani, nelayan dan pekebun kecil yang sedang membuat persiapan persekolahan anak-anak.

"'Hadiah tahun baru ini dianggap satu tindakan yang tidak sesuai ketika rakyat sedang menghadapi beban kewangan yang tinggi berikutan penggal persekolahan dibuka Isnin ini.

"Kenaikan harga gula ini dianggap tidak selari gagasan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' kerana ia berlaku ketika orang ramai membuat persiapan persekolahan," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kelmarin.

Menurut Khairul Amin, pendekatan kerajaan yang melepaskan beban tanggungan subsidi gula juga dianggap tidak kena pada masanya.

Justeru, tegasnya, Pemuda UMNO Maran tidak bersetuju dengan kempen kesedaran mengurangkan gula yang dilancarkan kerajaan menerusi kenaikan harga bahan itu.

"Kita memahami kekangan kewangan kerajaan ketika ini tetapi tindakan mengalih bebanan itu kepada rakyat dengan alasan tanggungan subsidi yang besar tidak dapat diterima," tegasnya.

Beliau bimbang tindakan meletakkan beban itu kepada rakyat akan dieksploitasi oleh pembangkang yang ketika ini ketandusan isu.

"Kami berpendapat adalah lebih baik kementerian mengambil pendekatan lain termasuk membuka permit import (AP) gula supaya lebih banyak pengusaha boleh mengeluarkan gula kepada negara, seterusnya meningkatkan persaingan.

"Lebih banyak pengeluar gula akan sekali gus mempengaruhi harga di pasaran. Ia juga dapat mengurangkan monopoli yang kini hanya dipegang beberapa individu," katanya.

Sehubungan itu tegasnya, kenaikan harga gula harus diteliti semula dengan mencari mekanisme baru yang tidak membebankan rakyat kerana jika diteruskan, ia akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain.

Dec 31, 2009

Apa dah jadi

PAS pasti tersenyum lebar mendengar berita perkataan Allah sudah dibenarkan kepada Kristian. Termasuklah MB Kelantan yang baru sahaja 'dicelakakan' oleh doanya sendiri kepada PM agar pecah perut kerana enggan bagi duit royalti minyak dengan beberapa isu yang mencalarkan kredibilitinya sebagai Ketua Kerajaan Kelantan bahkan sebagai Mursyidul Am..

Akhirnya dia telah dihukum oleh Allah sehingga Kerajaan Kelantan telah disuruh membayar RM800 juta oleh Mahkamah kerana melanggar perjanjian kepada sebuah syarikat konsesi balak. Tak dapat lagi duit royalti , dah kena bayar pulak kepada orang lain. Itulah peringatan Allah kepada manusia 'suci' bernama Nik Aziz yang suka guna perkataan celaka.

Sebelum itu Tok Guru - fanatik PAS yang mengutuk blogger dengan kata-kata 'celaka' itu turut dikejutkan dengan kes bekas Ketua Penerangan Pemuda Kelantan ( merangkap bekas pegawai Khas Husam Musa) Dr Rosli yang diperintah mufarakah oleh Mahkamah Syariah dan telah dikepung oleh mertuanya, hingga menjadi muka depan akhbar negara kita dan masih lagi isu ini hangat di 'pasaran'

PAS juga khasnya geng Erdogan akan bersorak ria malam tahun baru ini selepas perjuangan mereka yang disokong oleh Anwar Ibrahim telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. PAS for ALL tajaan geng Erdogan termasuklah for guna nama ALLAH bagi Kristian... Khalid Samad yang menjadi YB pertama berceramah di gereja pasti akan gembira meskipun baru sahaja kehilangan keretanya baru-baru ini...

Dec 17, 2009

Rakyat di utamakan

Persetujuan kerajaan untuk melanjutkan program pengecualian pembayaran bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah untuk tempoh setahun lagi iaitu sehingga Disember 2010 amat lah bagus dan di senangi oleh golongan2 berpendapatan rendah tetapi saya berpendapat RM20 itu terlalu rendah dan ia patut di naikkan kapada RM30, ini adalah salah satu cara kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah terutama yang tinggal di kampung2.
Pihak TNB sentiasa menaikan tarrif elektrik dari masa ke semasa oleh itu wajarlah juga sekiranya pihak kerajaan untuk mengkaji semula program pengecualian pembayaran elektrik ini di naikkan daripada RM20 ke RM30 bersesuaian dengan konsep rakyat di utamakan.

Jun 18, 2009

TAHNIAH

Pada 16 jun lepas hari selasa, rombongan pemuda pahang telah membuat kunjungan ramah mesra ke pergerakan pemuda bahagian maran, alhamdulillah program itu mendapat sambutan yg sangat menggalakkan terutama daripada cawangan2 pemuda dlm bah maran. Ini merupakan program yg julung2 kali diadakan oleh pemuda negeri pahang dimana maran adalah bahagian yg pertama menjadi pilihan pemuda negeri pahang. Ini adalah program yg amat baik yg patut diadakan dari masa ke semasa, selain bertujuan untuk beramah mesra, berkenal-kenalan di antara satu sama lain dan merapatkan silaturrahim ia juga dapat mengenal pasti masaalah2 ketidakpuasan dan kehandak2 akar umbi untuk di bawa keatas agar apa yg berlaku di peringkat bawahan dapat di bincangkan ke peringkat yg lebih tinggi.
Secara peribadi saya mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada pimpinan pemuda negeri yg di ketuai oleh Sdra Abu Jimi Samat serta AJK pemuda negeri yg telah berjaya memikirkan serta merancangkan program sedemikian. Diharapkan program sedemikian bukan lah program yg pertama dan terakhir untuk bahagian maran datang lah lagi demi memertabatkan lagi pergerakan pemuda untuk agama bangsa dan negara.

Feb 26, 2009

Moh ramai-ramai kita gi Jengka 4

Jemputan kepada semua ahli Pemuda untuk menghadiri program PEMUDA BERSAMA MASYARAKAT di Jengka 4 pada ketetapan berikut:


Tarikh : 28hb Feb 2009 (sabtu)
Masa : mulai 9 pagi


Program dan aktiviti yg menarik :
1. Kursus menguruskan jenazah mulai 10 pagi di masjid Felda Jengka 4

2. Ceramah politik mulai 9 malam di hadiri oleh:

1. LOKMAN NOOR ADAM
2. YB DATO HAJI ISMAIL ABD MUTTALIB - Ahli Parlimen Maran
3. MOHD NAJUIB HAJI MOHD SHAHAIMI - Ketua Pemuda umno Bahagian Maran


Aktiviti-aktiviti lain termasuk, kenduri kampung, pertandingan karom dan batu seremban, kaunter biro keahlian, biro pengaduan awam, pendaftaran ahli umno dan spr dan macam-macam lagi, datang lah beramai-ramai kita jumpa di sana...